Tahukah anda kebaikan Jus Jambu Batu Merahjambu?
Buah jambu batu merahjambu (Pink Guava) adalah buah yang didapati tumbuh di kawasan tropika. Kita cuma kenal buahnya untuk dimakan... Sila terus baca
Manfaatkan kesihatan anda dengan mengamalkan meminum "Jus Jambu Batu Merahjambu" secara berterusan supaya dapat mengatasi atau mengurangkan masalah kesihatan atau penyakit-penyakit... Baca terus
Fakta-fakta Nutrasi atau Pemakanan (Nutrition Facts)
Jambu batu merahjambu adalah buah yang tinggi dari segi nutrasi. Dengan rasanya yang unik serta kualiti penggalakan kesihatan (high promoting qualities), buah ini dianggap sebagai buah terhebat (super fruits).
Fakta-fakta lain adalah seperti berikut:
- Kandungan vitamin C melebihi 5 kali oren.
- Bersama seratnya yang tinggi terdapat juga kalsium dan vitamin A.
- Bahan anti oksidennya iaitu Lycopene, mampu mencegah pertumbuhan sel kanser dan membantu pemulihannya.
- Ia selamat diminum oleh semua peringkat umur dan kesihatan.
- Puree jus jambu batu ini adalah sebanyak 35% mengurangkan paras gula dalam darah badan.
- Tidak terdapat bahan pengawit, gula, perisa atau wara yang ditambah.
- Mampu membaiki keadaan cirit birit.
- Mengurangkan kesakitan dan kekejangan.
- Merendahkan tahap kolestrol.
Asal buah jambu batu merah dan lokasi ditanam?... Terus baca lagi
Pohon Jambu Batu Merah
Nama buah jambu batu merahjambu ialah Psidium Guajava dan berasal dari Mexico. Oleh sebab ada permintaan, ia boleh ditanam di kawasan tropika dan subtropika. Buahnya yang berbentuk bulat dan bujur itu berukuran 3 hingga 14 sm, diameter kulitnya adalah dari 10 hingga 11 sm sementara ketebalan isinya ialah dari 1.9 hingga 2. sm.
Pohon jambu batu merahjambu yang sentiasa rendang ini tumbuh di kawasan tropika bercuaca lembab dan kering lantas ia menjadi tanaman komersial yang digemari (contohnya, keluasan ladang Sime Darby di Ayer Tawar, Sitiawan, Perak melebehi 1250 ekar)
Isinya... Baca terus
Apabila ranum aroma buahnya berbau kasturi harum serta manis berkrim. Warna isinya yang jingga berperisa seperti tart jem yang manis. Setiap buah mengandungi banyak biji terutama sekali di bahagian tengah tetapi biji yang agak keras itu boleh ditelan.
Apabila masak atau ranum kulit buah ini berubah daripada hijau kepada kuning. Dan ia mempunyai keharuman atau bau kewangian tersendiri. Isinya yang berwarna kemerahan dan merah tua itu mungkin manis atau masam. Dan buah jambu batu merahjambu ini banyak ditanam d Johor, Pahang, Perak dan Selangor.
Bentuk pokok jambu batu merahjambu ini adalah rendang, tumbuh subur menghijau dan ketinggian boleh mencecah 33 kaki. Bunganya berwarna putih dan baunya harum.